Thursday, March 26, 2009

Rawatan untuk Ibu lepas bersalin. (confinement)


Bagi yang baru melahirkan anak, kami cadangkan rawatan bermula selepas hari ke 7. Kebiasaan nya, rawatan memerlukan 3 hari berturut-turut dan disambung dengan 3 hari lagi pada hari ke 40.


Rawatan 3 hari awal, dimulakan dengan:
1. Urut Seluruh Badan
2. Bertungku (batu dan beberapa jenis daun)
3. Tapel Perut
4. Bengkung (15 meter)
5. Param
6. Pilis
7. Segelas Air halia

Bagi rawatan untuk 3 hari akhir, ditambah pula dengan :
1. bertangas
2. mandi daun herba
Rawatan lepas bersalin amat penting untuk semua wanita. Walaupun hidup di zaman moden, penjagaan dalam waktu pantang amat lah perlu bagi menjamin kebahagian rumah tangga dan diri wanita itu sendiri.
Dengan penjagaan yang rapi dan betul, ibu-ibu boleh mengelakkan diri dari pelbagai jenis penyakit seperti meroyan, keputihan yang berbau, keintiman suami isteri dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment