Thursday, March 26, 2009

Make Up : Krayolan, MAC, etc


Kami menawarkan pakej yang amat sesuai bagi bakal pengantin yang mementingkan kesederhanaan.

Dari segi make up, kami menggunakan teknik yang sederhana. Bakal pengantin tidak perlu risau dengan hasil make up yang terlalu tebal sampai tetamu tak kenal sapa yang sedang berkahwin.

Tenaga mahir kami make up dengan niat untuk mengeluarkan seri wajah pengantin yang sememangnya cantik sejak lahir. Teknik yang digunakan akan menonjolkan kecantikan anda dan melindungi bahagian yang tidak ingin di lihat.

Jangan biarkan jurumekap anda membatalkan air sembahyang di hari penikahan, gunalah khidmat jurumekap wanita muslim yang banyak berada dipasaran sekarang ini.
Sematkan di hati, niat make up untuk menaikkan seri bagi membezakan pengantin dengan tetamu, bukan untuk menunjuk-nunjuk hingga menyebabkan riak.


Rawatan untuk Ibu lepas bersalin. (confinement)


Bagi yang baru melahirkan anak, kami cadangkan rawatan bermula selepas hari ke 7. Kebiasaan nya, rawatan memerlukan 3 hari berturut-turut dan disambung dengan 3 hari lagi pada hari ke 40.


Rawatan 3 hari awal, dimulakan dengan:
1. Urut Seluruh Badan
2. Bertungku (batu dan beberapa jenis daun)
3. Tapel Perut
4. Bengkung (15 meter)
5. Param
6. Pilis
7. Segelas Air halia

Bagi rawatan untuk 3 hari akhir, ditambah pula dengan :
1. bertangas
2. mandi daun herba
Rawatan lepas bersalin amat penting untuk semua wanita. Walaupun hidup di zaman moden, penjagaan dalam waktu pantang amat lah perlu bagi menjamin kebahagian rumah tangga dan diri wanita itu sendiri.
Dengan penjagaan yang rapi dan betul, ibu-ibu boleh mengelakkan diri dari pelbagai jenis penyakit seperti meroyan, keputihan yang berbau, keintiman suami isteri dan lain-lain.

Penjagaan & Rawatan untuk Wanita


Kami di Ramuan Tradisi menawarkan rawatan dan penjagaan untuk para wanita, bakal pengantin dan ibu yang lepas bersalin.

Masih menggunakan produk dan rawatan yang telah ditawarkan sejak beberapa generasi yang lalu, menggunakan bahan-bahan semulajadi yang kaya dengan khasiat. Produk yang diperbuat dari resipi nenek moyang, merangkumi masalah keputihan wanita, resdung, penjagaan wanita yang lepas bersalin dan masalah-masalah lain yang sering dialami oleh para wanita.

Bagi produk kulit muka, kami menawarkan produk dari pakar kulit dan kumpulan doktor yang bertauliah di Malaysia. Produk buatan Malaysia yang diformulasi di Switzerland sememangnya amat berkesan dan tidak meninggalkan kesan sampingan.

Bersama kami untuk mengetahui tips menjaga badan wanita yang sememangnya dilahirkan untuk dinikmati kecantikannya. Tanggungjawab kita untuk menghargai pemberian ILAHI.

Maklumat lanjut, email kami di ramuantradisi@gmail.com